Dana Diperlukan Bagi Membaik Pulih Infrastruktur SRITI Tok Guru

Ramai yang menghadapi masalah kekangan kewangan akibat pandemik COVID-19, termasuk kami yang baru sahaja membangunkan tempat menuntut ilmu untuk anak-anak tahfiz di tanah peninggalan Tok Guru Nik Aziz.
Dengan sumbangan orang ramai, pembukaan sekolah kami dapat dilaksanakan pada tahun 2019. Alhamdulillah, bangunan wakaf yang diterima telah dibaik pulih menggunakan dana yang diterima dapat digunakan untuk proses pembelajaran anak-anak tahfiz kami.
SRITI Tok Guru Pulau Melaka
Sijil Pendaftaran SRITI Tok Guru
No Pendaftaran Pertubuhan : MAIK.D231/A/695/3/3-21
Walaupun begitu, kami masih memerlukan sumbangan daripada anda semua untuk membaik pulih infrastruktur di sekolah kami. Dengan peningkatan bilangan pelajar, infrastruktur di sekolah kami perlu dibaik pulih dan dinaik taraf bagi menyediakan tempat belajar yang lengkap dan selesa untuk anak-anak tahfiz kami.
UNTUK APA DANA DIPERLUKAN?
1. Membina blok C yang terdiri daripada koperasi, bilik rawatan, bilik disiplin dan bilik kaunseling
2. Membeli van untuk tujuan pengangkutan anak-anak SRITI Tok Guru
3. Membeli kelengkapan makmal komputer, makmal sains dan perpustakaan
4. Membaik pulih dewan makan
5. Membeli 200 set kerusi meja baru untuk menggantikan yang lama dan uzur
6. Dana kecemasan untuk perkara yang tidak dijangka seperti paip air tiba-tiba bocor
7. Mengecat pejabat dan bilik guru
8. Membayar upah pekerja
9. Menjaga kebajikan anak-anak and guru SRITI Tok Guru
Dewan makan yang perlu dibaik pulih dan diperbesar bagi menampung penambahan pelajar
Blok C yang perlu dibaik pulih untuk membina koperasi, bilik rawatan, bilik kaunseling dan bilik disiplin
Rancangan pembinaan blok C yang memerlukan kos sebanyak RM540,000
Kami berhasrat untuk membeli van seperti ini bagi tujuan pengangkutan
Sebanyak 200 unit set kerusi meja baru diperlukan untuk proses pembelajaran anak-anak tahfiz SRITI
PERKEMBANGAN TERKINI
Menggunakan dana yang telah diterima daripada orang ramai, kami telah berjaya :
1. Mengecat semua kelas dengan warna tema SRITI sebagaimana saranan SRITI Malaysia.
2. Membina bilik air tambahan untuk keselesaan pelajar (satu kelas, satu bilik air)
3. Membaiki sistem perparitan di dua blok A dan B untuk mengelakkan masalah air bertakung dan banjir kilat ketika hujan lebat
4. Menyiapkan tempat parking kereta guru dan staf
5. Membina laluan berbumbung ke dewan makan dan musolla
6. Menyiapkan bilik wuduk musolla pelajar perempuan
7. Membina dua tangga blok B yang bertepatan dengan Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) Bomba
8. Membaik pulih lanskap sekolah
Tangga dan laluan berbumbung ke blok B yang telah selesai
Landskap sekolah yang hijau sejuk mata memandang
Kelas yang telah dicat dengan warna yang disarankan oleh SRITI Malaysia
Tahniah kepada para penyumbang yang telah menderma sebelum ini kerana telah berjaya membeli aset akhirat. Selagi mana tempat-tempat yang telah dibina di atas digunakan dan dimanfaatkan oleh anak-anak tahfiz SRITI Tok Guru, selagi itu anda mendapat pahala.
Kami hanya menguruskan sumbangan anda semua. Andalah yang telah membina dan menyiapkan tempat-tempat di atas.
Sehubungan dengan itu, kami masih lagi memerlukan sumbangan para dermawan sekalian untuk meneruskan projek membaik pulih sekolah kami. Inilah peluang untuk anda semua membeli aset akhirat dan membantu anak-anak SRITI kami untuk belajar dengan selesa. InsyaAllah dengan menderma dan membantu saudara seislam, kita semua selangkah lebih dekat menuju pintu syurga.
Jom derma sekarang!
Untuk memudahkan anda menghulurkan bantuan, kami telah susun mengikut pakej seperti di bawah:
✅ PAKEJ PLATINUM = RM300
✅ PAKEJ GOLD = RM100
✅ PAKEJ SILVER = RM50
✅ PAKEJ BRONZE = RM30
✅ SUMBANGAN SEIKHLAS HATI
Sumbangan anda amatlah berharga buat kami, Terima Kasih.
Semoga keluarga anda dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah dari virus COVID-19. Amin.
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah
Bank : Bank Islam
Nama : Sriti Tok Guru Pulau Melaka
Tolong letakkan reference "Derma" untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.
Penafian:
- Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
- Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
- Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : 60146308171